Wednesday, April 11, 2012

3H2M di bukit Fraser








Alhamdulilah telah selamat turun dari Bukit Fraser.....saya sekeluarga telah berada di sana selama 3 hari 2 malam. Ini kunjungan ke dua. Kunjungan pertama 5 tahun yang lepas. Tiada perubahan.....masih seperti dulu...ini yang saya suka....suasana dan pemandangan masih kekal lagi. Di keliling tempat menginap setiap masa didendangkan dengan kicauan burung. sungguh mengasyikan. Anak2 sanagt gembira.....ada yang tak nak balik ....tak puas bermain di sini. Ini satu kejutan kepada saya....tanggapan awal pastinya anak2 akan rasa boring sebab tidak ada tempat yang sesuai untuk kanak-kanak....tempat bulan madu.....tetapi dengan pengisian aktiviti yang penuh seperti melihat rumah orang putih, taman bunga, trail tengok burung.....mampu memberikan satu pekara baru pada mereka...cuaca sanag baik...yang syoknya kabus datang kat kaki pagi dan petang...suhu sekitar 16-22...terasa sejuk.